Ulasan Buku : Biografi Muhammad Bin Abdullah (Perjalanan Seorang Nabi) oleh Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman

Atas permintaan Umar dan sahabat-sahabatnya, Bilal bersetuju. Inilah kali pertama Bilal azan selepas kewafatan Muhammad. Dia tidak dapat menyelesaikan azannya. Bilal menangis dan sahabat-sahabatnya turut menangis. Mereka teringat kembali kepada Muhammad dan perjuangannya yang agung dan suci.

Perjalanan hidup seorang Nabi dari sisi dakwah dan peperangan. Ini kali pertama saya membaca tentang Baginda dari sisi ini. Beberapa buah buku telah saya baca sepanjang hidup tapi dari sisi rumahtangganya. Kali ini sungguh berlainan.

Bermula dari sebelum kelahiran Baginda, bagaimana kehidupan di tanah Arab sebelum dan selepas kehadirannya dan perubahan yang berlaku di sana baik yang biasa atau luar biasa. Kemudian sejarah-sejarah pembinaan Kaabah, mengenai bagaimana Yahudi, Kristian, Farsi bertapak di Semenanjung Arab, tentang telaga zam-zam, dibesarkan oleh Abdul Mutalib, dakwah kali pertama yang cuba dilakukan pada zaman Mekah, bagaimana Baginda menakluki satu demi satu negeri dan kaum yang akhirnya memeluk Islam dan banyak lagi.

Gaya penulisannya yang berbentuk penceritaan begitu santai, mudah difahami, teratur dan penuh fakta membuatkan saya seolah-olah dapat membayangkan situasi-situasi yang diceritakan dan seolah-olah saya juga berada di zaman tersebut. Tidak berlebihan jika saya mengatakan karya ini mampu menjinakkan kalbu pembaca. Ya. Saya menangis di bab akhirnya! Iaitu bab yang menceritakan kewafatan Baginda, khutbah terakhirnya, saat Baginda memilih Abu Bakar menjadi imam apabila sakit Baginda semakin kuat, saat2 Umar berkata dengan marah akan memenggal kepala sesiapa yang berani mengatakan Baginda wafat kerana belum mampu menerima kenyataan itu, tentang bilal yang terlalu berdukacita hingga dia tidak mahu lagi melaungkan azan sejak itu.

Oh ya! Karya ini juga terpilih bagi mengisi ruangan Duniaku Buku rancangan Radio IKIM.FM. Buku ini ada nilai tambahan iaitu adanya peta semenanjung tanah arab dan peta kawasan tercetusnya perang badar supaya pembaca mengetahui di mana kawasan-kawasan tertentu & dari mana arah tentera Islam dan pihak lawan berkhemah serta membuat serangan.

Sesungguhnya karya ini meruntun jiwa, membuatkan saya berkali-kali jatuh cinta pada Baginda. Saya sarankan semua lapisan umur dan masyarakat bahkan yang bukan Islam untuk membaca karya ini bagi mengenali siapakah sebenarnya Pesuruh Kecintaan Allah ini.

Advertisements

Published by biblio_mom

I am a bibliophile and a mom. Reading has been the biggest passion in my life and I would love to share my reads and my thoughts with all of you :)

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website at WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: