[110] Hero by Hilal Asyraf ~ Malay Book Review

5⭐️

My Review

💭Siapa yang pernah membaca Saga Hero mungkin akan perasan, buku ini disulam dengan lima perinsip rukun negara : Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan.

💭H.A mendefinisikan hero sebagai entiti yang selayaknya dipikul oleh semua dan Hero bukanlah individu yang harus dirajakan, dipuja dan difanatikkan. KITA SEMUA ADALAH HERO dalam perjuangan yang kita perjuangkan! 🦸🏻‍♂️🦸🏻‍♀️

💭Berkisar tentang Afam, watak utama yang merupakan adiwira yang digelar penduduk sebagai Hero. Keras kepala, ego dan liberal orangnya. Ya. Liberal dan tanpa sedar sebenarnya berjuang untuk ummah dan meneruskan legasi arwah ayahnya, salah seorang dari 10 orang jutawan Islam di Malaysia. Afam diberikan wasiat agar berkahwin dengan seorang wanita solehah bernama Husna jika dia tak mahu harta jatuh ke tangan pusat kebajikan. Sedikit cliche~ tapi bukan seperti cerita melayu jam 7 malam 😁

💭Konflik bermula dengan kemunculan beberapa watak jahat yang cuba mengganggu gugat keamanan negara. Ada plot twist yang membuatkan saya benar-benar 🤯 (spoiler free 😁)

💭Misi Hero adalah untuk menyelamatkan ummah, melawan kemungkaran dan kejahilan, menjaga keamanan, membangunkan Islam dan negara secara keseluruhan. Menurut H.A, edisi kemas kini ini lebih segar. Hero kurang menunjukkan kemewahan, penulisan kurang tazkirah, tetapi lebih pengajaran terselit di dalam pembangunan watak.

💭Apa yang saya suka tentang novel hero ini, ianya padat dengan aksi, watak dan plotnya berkembang dengan sangat baik dan tersusun. Teknik penceritaan yang menarik dan menerujakan. Walaupun bergelar Hero, watak ini tetap tak sempurna dan banyak kelemahan terutama pada pegangan agamanya. Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam buku ini, dicorakkan dengan begitu indah sekali seakan-akan ianya adalah doa yang menbawa pembaca untuk diaminkan. Pengakhirannya buat saya tertanya-tanya tentang novel seterusnya dalam siri ini. Ianya pengakhiran yang gembira dan ditutup dengan baik sekali, tapi tetap membuatkan saya ingin tahu apa konflik seterusnya di buku kedua.

💭Panjang sangat pulak. Nampak tak betapa menariknya buku ni? Korang kena cuba baca. Rasa macam “tonton” movie marvel + batman 😁 Kalau berminat boleh berkunjung ke IG @hilalasyraf

*pssst! Tak lama lagi siri ni dan beberapa lagi siri yang lain akan keluar special edition tau? Didatangkan dalam BOXSET! Cantik sangat!! Dan ada extra items macam button badge, pelekat kereta, 5 penanda novel, 4 keychain watak dan poster kanvas 🤩

Published by biblio_mom

I am a bibliophile and a mom. Reading has been the biggest passion in my life and I would love to share my reads and my thoughts with all of you :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website at WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: